fbpx

“Ayah Lama Menghilang, Kali Terakhir Berhubung 5 Tahun Lalu”

Menjawab kemusykilan ramai tentang keberadaan bapa kandungnya, Azizi Aziz, pelakon remaja Puteri Balqis berkata dia sendiri memilih untuk menjauhkan diri daripada bapanya.

Memetik laporan Kosmo! Balqis berkata bapanya sudah lama menghilang dan ketiadaan bapanya membuat dirinya menjadi lebih baik.

BACA: Puteri Balqis Mohon Maaf, Harap Mia Sara Tak Ulangi Perbuatan Sama

“Ayah lama menghilang, kami tak berhubung dan saya sendiri nak jauhkan diri sebab apabila dia tiada, saya jadi lebih baik,” katanya.

Menurut Balqis, kini hanya ibunya, Norashikin Mohd. Aziz tempat dia bergantung harap. Ujarnya kali terakhir berhubung dengan bapanya kira-kira 5 tahun lalu. Balqis mengakui sangat terluka dengan kelakuan bapanya namun tidak didedahkan apa yang telah dilakukannya.

“Waktu ada dia (ayah), saya berdepan tekanan kuat. Kali terakhir saya berhubung dengan ayah kira-kira umur 10 atau 11 tahun.

“Apa yang dia buat, sakit. Jadi, saya nak jauhkan diri. Sebab apabila saya hubungi dia pun, nampak ‘chemistry’ sudah tiada.

“Sekarang ibulah yang jadi ayah. Dia ibu dia jugalah ayah. Hidup saya complete (memadai), tak rasa missing (kehilangan). Sekarang ini, saya cuma ada tiga orang sahaja. Diri saya sendiri, ibu dan pengurus (Fariz),” katanya.

Ditanya mengenai kehidupan tanpa kasih sayang seorang bapa, Balqis berkata dia sudah biasa dan kasih sayang daaripada ibunya yang juga seorang bapa baginya sudah mencukupi.

“Saya okey sebab hidup saya dari dulu memang begini. Presence (kehadiran) ayah ada tapi dia punya effort (usaha) itu tiada. Jadi, sekarang ini saya ambil kasih sayang ayah itu daripada ibu. Begitu, dah cukup. Cukup sangat,” katanya.

Difahamkan, ibu dan bapa Balqis bercerai ketika pelakon itu masih kecil namun tidak dapat dipastikan mengenai status perceraian kerana tidak pernah didedahkan kepada umum.