fbpx

Awie, Sharifah Ladyana Selamat Bergelar Suami Isteri

Tahiah kami ucapkan kepada pelakon dan juga penyanyi rock Awie kerana telah selamat diijabkabul bersama pilihan hatinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin yang berusia 29 tahun. Pasangan ini selamat bernikah kiri-kira jam 12.10 tengah hari tadi di lokasi yang dirahsiakan.

BACA: Awie, Bakal Isteri Diserang Penyakit Misteri Sebelum Nikah

“Dia wanita yang bersederhana dalam segala hal serta pandai membawa diri. Paling penting, dia bukan saja menerima saya seadanya, malah menyayangi anak-anak saya tanpa syarat”

“Keikhlasan itu yang menambat hati saya untuk menyuntingnya sebagai suri hidup. Bagi saya, kebahagiaan ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya kepada anak-anak saya yang perlukan belaian ibu,” katanya dipetik daripada BH Online.

Sementara itu, majlis resepsi yang berkonsepkan tradisional Melayu akan diadakan di tepi pantai pada malam ini. Perkahwinan Awie pada kali ini juga merupakan kali ketiga buat penyanyi tersebut.

Sebelum ini, Awie pernah mendirikan rumah tangga bersama Arni Nazira Anuar pada tahun 1998 (bertahan selama 8 tahun), kemudian menikahi Rozana Misbun pada tahun 2006 tetapi tidak tinggal sebumbung sejak tahun 2014. Apa pun, semoga perkahwinan Awie kali ini kekal bahagia hingga ke Jannah. (rtky/s)

Sumber & Gambar Ihsan: BH ONLINE