fbpx

Awie: Saya Tak Kisah Hilang Isteri

Kisah perjalanan rumah tangga Awie sememangnya berliku namun bagi penyanyi rock ini, kehidupannya kini lebih ditumpukan kepada anak-anaknya namun mengakui sambutan Aidilfitri sedikit suram selepas pemergian ibunya dua tahun lalu.

BACA: Awie Nafi Bakal Nikah Tunang Pada Hari Raya Ketiga

“Hilang isteri dan hilang ibu merupakan dua perkara berbeza. Saya mengaku tidak kisah jika hilang isteri sekalipun tetapi kalau hilang ibu, ia fasa yang paling berat untuk saya terima dan lalui sepanjang hidup”

“Bayangkan, jika sebelum ini kita beraya dengan ibu dan ayah di sisi tetapi kini perasaan saya sangat hiba sebab tidak lagi dapat menyambut dan mencium tangan mereka terutama pada pagi raya”

“Selalunya, pada pagi raya rumah kami sekeluarga terhidang dengan pelbagai juadah raya hasil air tangan ibu tetapi apabila ibu tiada, saya umpama tiada arah untuk pergi. Segalanya nampak kosong, mujur ada anak-anak sebagai penyeri,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Namun, bagi Awie yang merancang untuk mengakhiri zaman dudanya menjelang hujung tahun ini setelah bertunang dengan gadis pilihan pada 3 Jun lalu, dia dalam masa yang sama berharap agar rumahtangga yang bakal dibinanya nanti mampu cahaya baru dalam hidupnya selain mahu melupakan kisah silam. (rtky/s)