fbpx

Awi Rafael: Janganlah Ungkit Kisah Silam Kami

Bakal mendirikan rumahtangga pada 17 Mac tahun hadapan, harapan Awi Rafael cuma satu iaitu usahlah mengungkit kisah silam mereka. Malah Awi mahu memperbaiki diri selain bertekad untuk menjadi suami yang terbaik buat Atikah.

BACA: Selepas Kemalangan Awi Rafael Cari Allah, Ubah Imej

“Selama enam tahun mengenalinya, saya tidak pernah meletak harapan dia akan menjadi jodoh kerana saya ikhlas berkawan dengannya. Perasan halus itu hadir ketika kami berada di Jakarta, Indonesia, pada November tahun lalu atas urusan kerjaya”

“Selepas tiga bulan menyelami dirinya yang sebenar, hati saya kuat mengatakan Atikah adalah jodoh yang ditakdirkan. Saya mahu menjadi suami yang boleh menjaga nama dan menebus maruah serta martabat wanita yang pernah teraniaya sepertinya,” jelasnya kepada BH Online.

Malah menurut Awi, Atikah kembali bekerja seperti biasa di Singapura gara-gara tidak beroleh tawaran lakonan. Apa yang penting, dia tetap akan ada di sisi Atikah.

“Dia mengetepikan perasaan malu demi mencari sesuap nasi buat keluarga. Tidak mengapa jika masih ada yang mahu membuka aibnya kerana sekurang-kurangnya saya kini ada di sebelahnya”

“Biarlah kisah dulu tidak diungkit kembali kerana setiap kita punya kisah silam yang masih berbekas hingga hari ini,” kata Awi Rafael yang turut menyatakan bahawa dia mula berubah ke arah yang lebih baik selepas terlibat dalam kemalangan.

Tuhan menyentuh hati-hati hambanya dengan pelbagai cara,bukan? Apa pun, semoga segala persiapan dan urusan pasangan ini menjelang hari bahagia dipermudahkan. (rtky/s)