fbpx

“Awi Rafael, Jangan Kaitkan Nama Saya Lagi”

Disebut dalam kenyataan Awi Rafael sebelum ini, Hanez Suraya berharap jejaka itu tidak lagi mengaitkan namanya lagi dalam apa jua kenyataan yang dikeluarkan. Selain statusnya sebagai isteri orang, Hanez juga berpendapat Awi sepatutnya lebih sensitif dan menjaga hati tunangnya.

BACA: “Kami Keluar Dating Hanya Sekali, Terus Tunang”

“Saya terkejut apabila suami memaklumkan ada terbaca mengenai nama saya disebutnya, baru-baru ini. Perkara yang sudah lama berlalu, rasanya tak perlu diungkit semula, tambahan pula orang pun sudah lupa”

“Apabila dibangkitkan kembali, tentu ia boleh menimbulkan rasa kurang selesa kerana saya isteri orang. Sedikit sebanyak, pasti suami saya juga tertanya-tanya. Dia juga sepatutnya menjaga hati tunangnya”

“Memang selepas kenyataan itu keluar, ada yang meminta saya mengulas. Minta maaflah. Dulu, pasal isu saya pun dia ada bagi maklum balas. Tapi tak perlu rasanya, saya tiada kena mengena dengan dia. Jangan lagi kaitkan saya. Saya tak suka,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Terdahulu, Awi ada menyebut mengenali tunangnya, Atikah Suhaime ketika masih menjadi teman lelaki Hanez sebelum mengikat tali pertunangan tempoh hari. Tambah Hanez, suaminya juga cemburu apabila perkara itu diperkatakan orang.

Sebagai bekas kekasih rasanya tidak Awi membangkitkan kembali hal dulu kala. Masing-masing juga sudah bertahun membawa haluan hidup berasingan, nanti apa pula kata cik tunang kan. (rtky/w)