fbpx

Kemelut rumah tangga itu pasangan selebriti Syamsul Yusof dan isteri pertamanya semakin tegang apabila aktres Puteri Sarah Liyana meminta untuk berpisah kerana tidak rela dimadukan.

Susulan kenyataannya itu, lewat malam tadi Syamsul pula dilihat memuat naik video sertja menjelaskan sebab mengapa dia menyekat nombor Puteri Sarah.

BACA: “Moga Kedua-Dua Isteriku Tenang & Bersabar” – Syamsul Yusof

Menurut Syamsul, dia berbuat demikian kerana tidak mahu bergaduh serta mengelak daripada keadaan menjadi lebih teruk. Malah, Syamsul mendedahkan isterinya itu sentiasa memaki hamunnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

“Puteri Sarah ku, awak ajak saya berpisah, baik tak apa jika ini yang awak mahukan. Tapi kita berbincang di rumah, antara saya dan awak dari hati ke hati.. Tak perlu melibatkan orang lain.

“Saya seorang yang tidak suka bergaduh. Macam mana saya nak berkomunikasi dengan awak, wahai Puteri Sarah, bagaimana?

“Awak sentiasa memaki hamun saya dengan panggilan ‘engkau, aku’ seperti sudah hilang tanda hormat. Sampaikan saya tiada ruang untuk berbicara bila awak tiba-tiba melenting di WhatsApp. Saya rasa ini memudaratkan, jadi saya block. Ya saya block sebab saya tak mahu hubungan kita semakin keruh,”  katanya.

Tambah Syamsul lagi, bagaimanapun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap isterinya dan kedua-dua anaknya.

 “Tetapi, bukannya saya tidak menghiraukan awak dan tanggungjawab saya. Puteri Sarah, isteri yang ku sayang.. Segalanya saya berikan. 

“Anak-anak saya tak pernah saya abaikan. Setiap kali awak minta perbelanjaan  laju je saya bagi. Saya bekerja ini untuk awak, keluarga dan anak-anak kita,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul berkata mereka sering berhubung antara satu sama lain menerusi pihak ketiga iaitu melalui ibu, adik beradik serta orang gaji serta meminta isterinya tidak lagi mencipta drama sebaliknya pulang ke rumah untuk berbincang.

“Kita dah lama berkomunikasi menerusi ibu awak, mak saya, adik saya, orang gaji. Sebab tu di video saya sebelum-sebelum ini selalu mengajak awak untuk berbincang, baik-baik saya cakap. Bincang di rumah dan jangan sebar aib rumah tangga di khalayak umum.

“Masa tadi awak minta duit dekat saya kenapa awak tak cakap untuk berbincang dengan saya? Pintu rumah sentiasa terbuka, boleh datang balik rumah untuk bincang. Jadi jangan create this drama! Tak perlu pun.

“Saya pun boleh cerita mengenai awak, tapi saya tak mahu. Sebab tu segala fitnah dan tohmahan saya telan saja. Tetapi semakin teruk saya dicaci jadi saya terpaksa mempertahankan diri memberitahu sebab mengapa saya block,” katanya.