fbpx

“Awak Hina Keturunan Saya, Bala Lah Kepada Kau Azwan Ali” – Aishah

Penyanyi Datuk Aishah berang serta memberi amaran kepada pengacara sensasi, Azwan Ali yang melemparkan kata-kata kesat terhadapnya di aplikasi X.

Menurut Aishah, dia akan mengambil tindakan serius serta membawa perkara itu ke mahkamah apatah lagi pengacara itu menyentuh mengenai keturunannya.

BACA: “Ramai Doa Nak Tengok Saya Keluar Termakbul” 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

“Allahuakbar! Ya Allah ampunkan dosa-dosaku, hamba-Mu yang lemah. Aku cuba bersabar, aku cuba menegur dengan baik tetapi masih tak habis-habis dengan kata nista. Kali ini saya akan ambil tindakan serius kerana dia mencuit keturunan dan keluarga saya.

“Tolong buang Azwan Ali. Jangan sampai saya bawa awak ke mahkamah. Kalau awak rasa awak boleh lepas di mahkamah dunia, saya cakap awak insya-Allah pembalasan akan sampai,” tulisnya.

Dalam perkongsian di Instagram itu, Aishah turut memuat naik paparan hantaran yang dimuat naik oleh Azwan serta memohon agar Allah memberikan balasan kepada pengacara itu.

“Kali ini awak sudah melampau! Saya angkat tangan tinggi mohon Allah beri pembalasan yang setimpal kepada awal. Saya tidak akan ampunkan awak menghina keturunan saya. Balalah kepada kau Azwan Ali,” katanya.