fbpx

Avar Yasavi Jadi Pelakon Kerana Bosan Tonton Hero Filem Yang Sama

Alahai seronoknya kami mahu ‘membahan’ pendatang baru dunia hiburan yang satu ini. Ehemm.

Pertama sekali, what’s up with your real name dudeAvar Yasavi nampak catchy but here is no Hollywood.

Nama sebenar Avar Yasavi ialah Uzzair Ismail berusia 27 tahun dan merupakan pendatang baru dunia lakonan tempatan & bakal muncul dengan sebuah filem.

Bekas aktivis teater di Makam Mahsuri, Pulau Langkawi ini telah di’tawarkan watak utama untuk sebuah filem berjudul Putra yang mana penulis skrip’nya ialah Dr Abu Hassan.

Yang menarik minat kami untuk terus menulis tentang bakat baru ini ialah motivasi beliau untuk memasuki dunia lakonan mainstream — bosan menonton wajah hero yang sama di TV & filem.

“Berdasarkan pemerhatian saya, negara kita memang kekurangan aktor yang berkaliber dan layak bergelar hero. Sebab itu, kita asyik lihat muka-muka yang sama saja dalam drama atau filem tempatan,” ujar Avar Yasavi kepada mStar Online hari ini.

Selamat maju jaya dengan usaha anda Avar Yasavi & jika sudah popular nanti, jangan pandai pandai ambil gambar peluk anak dara orang tidak tentu pasal. Sejarah sentiasa berulang.