fbpx

Aura Raya Dah Sampai, Apa Lagi Jomlah Usha Barang Raya Di Sini!

Meskipun hari ini belum menjelang akhir Ramadhan tetapi bahang hari raya tu dah terasa. Kalau korang perasan bila pergi mall, mesti ramai yang membeli baju raya. Itu belum kira beli di online lagi, boleh dikatakan hampir semua saiz sold out. Betul-betul lain macam sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Mana tidaknya dah 2 tahun kita semua tak pulang ke kampung sambut hari raya yang begitu meriah seperti dulu. Sekarang kita semua sudah masuk fasa endemik, apa lagi raya sakan lah! Tapi jangan lupa ikut SOP okey.

Sebut bab raya ni, takkan korang usha baju raya jer kot, barangan dalam rumah tu tak nak usha sekali ke? Kami ada lubuk terbaik untuk korang tengok perkakas dalam rumah. Kali ni di Sharp macam-macam ada!

Go Sharp Go Raya Lah Jawabnya!

Kalau korang nak tahu, kali ni Sharp bagi aura paling hangat buat mak-mak yang nak menghias rumah, come on guys korang semua mesti kena usha barang Sharp kali ni, lain macam aura dia.

Memandangkan kita hidup dalam keadaan norma baharu, Sharp Malaysia melancarkan siri New Norm Living Products bersempena Go Sharp Go Raya bagi membantu rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan gaya hidup kini.

Yang bestnya bila korang membeli barangan siri New Norm Living Products korang layak menerima produk Futurelab secara PERCUMA! Fuhhh lagi bersemangat nak raya!

Jom Usha Barang Apa Yang Sharp Payung Untuk Korang

Kalau korang nak tahu New Norm Living Solutions direka khas untuk memenuhi keperluan dan keutamaan di rumah untuk persekitaran hidup yang selesa dan nyaman.

Bagi siri ini ada empat komponen utama yang Sharp payung untuk korang. Antaranya barangan hiburan, barang keperluan dapur, barang keperluan penjagaan udara dan barang keperluan pembersihan.

Bukan Main Klasss Set Hiburan Sharp

Zaman sekarang ni ramai yang lebih suka lepak di rumah sambil tonton movie. Al-maklum lah dah terikut-ikut dengan SOP yang sebelum ini. Tapi bila musim perayaan ni lagi syok kalau kita tonton movie secara berjemaah. Baru feel tu meletops!

Nak lagi syok korang tonton movie dengan Sharp AQUOS THE SCENES 4K Android TV yang terbaru! Korang boleh layan pelbagai perkhidmatan penstriman TV seperti Netflix, Disney+ Hotstar atau memuat turun aplikasi dan permainan kegemaran di Google Play. Memang sangat puas sebab skrin yang besar dan mudah diakses menerusi TV Android Sharp ni.

Set Dapur Pun Tak Nak Kalah

Bila menjelang musim perayaan ni faham-faham je lah, selain port televisyen yang penuh dengan sanak saudara, port dapur pun boleh tahan kepadatannya. Lagi-lagi peti sejuk, memang padat dengan bahan untuk memasak juadah hari raya, itu belum kira perkakas nak buat kuih raya lagi. Semua barang ni korang sumbat dalam peti sejuk rumah mak korang tu kan.

Dah alang-alang nak beraya sakan tahun ni, tak salah kalau korang adik beradik hadiahkan mak korang peti sejuk baru! Rilek di Sharp ada Peti Sejuk 2 Pintu Pelican. Dah lah ruangan besar dan luas memang sesuai untuk korang yang suka request macam-macam menu hari raya tu.

Bukan tu sahaja di Sharp pun ada Ketuhar Gelombang Mikro Flatbed. Dah lah permukaan rata dan senang dibersihkan, tak perlu lagi pring putar. Mechanical Dialnya pun senang dikendalikan. Boleh lah korang guna time nak masak dan panaskan makanan nanti.

Benda Wajib Ada Setiap Rumah Ni

Musim-musim endamik ni elok lah pasang Plasmacluster Air Purifier Sharp di rumah. Dah beraya sakan di rumah sanak saudara tu tak salah kalau rumah korang tu disetrilized je, at least dengan cara ini dapat mengurangkan penyebaran Novel Coronavirus (Sars-COV-2) sebanyak 99.7% dan Covid-19 Alpha Variant sebanyak 99.4%.

Manakala, penyaman udara Sharp J-Tech Inverter Plasmacluster dengan AIoT berserta teknologi ion Plasmacluster yang terbukti mampu membersihkan udara daripada virus bawaan udara dan alergen.

Baru Terasa Selamat Bila Guna Yang Ini

Bila berkumpul ramai-ramai dengan adik beradik yang dah lama tak jumpa tu, part paling overload dalam rumah mesti kain baju kan? Dalam part ni, korang kena utamakan kebersihan Tapi dengan Mesin basuh Pro-Flex Front Load Washer Dryer Sharp ni korang dah boleh rilek banyak. Sebab mesin basuh ni membolehkan korang membersihkan pakaian dengan lebih baik dan membuang sebarang bakteria yang tidak boleh dibersihkan dengan air sambil memastikan dram mesin basuh korang bersih.

Mesin basuh Sharp siri New Norm Living Solutions adalah yang pertama dan satu-satunya 4 in 1 Multifunction Washer Dryer. Bukan sahaja mampu mencuci pakaian malah menghapuskan kuman serta bakteria dalam masa 10 minit sahaja dengan fungsi cucian udara kering baharu bersama Plasmacluster Ion Technology! Hebat bukan?

Ha sebelum kami terlupa korang boleh juga membeli barangan Sharp melalui laman rasmi Sharp, Shopee dan Lazada.



Dalam musim perayaan kali ni meskipun sudah boleh berkumpul ramai-ramai tapi korang jangan lupa musuh no satu kita semua COVID-19. Kuman ni sejenis yang kita tak nampak bila adanya barangan Sharp siri New Norm Living Solutions sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjaga orang tersayang.

Bagi korang yang betul-betul fell raya dengan Go Sharp Go Raya korang jangan lupa layari Facebook dan laman rasmi Sharp.