Atikah Suhaime Berhenti Berlakon, Merajuk Dengan Industri?
Kedengaran seperti merajuk tetapi itulah keputusan yang diambil Atikah Suhaime apabila ingin berehat seketika dari dunia hiburan. Menerusi akaun Instagram, Atikah seolah memberi gambaran bahawa semangatnya sudah hilang setelah beberapa tahun bergelar anak seni.

“Selama lima tahun, kehidupan saya ibarat di awan dan tidak berhubung dengan dunia sebenar. Saya juga sudah ketinggalan banyak hari jadi dan hari perkahwinan, malah ketinggalan hari kelahiran satu-satunya anak saudara saya,” jelasnya kepada Harian Metro.
Dalam kenyataan itu, Atikah turut memberitahu bahawa dirinya sangat merindui kehidupannya yang dulu (sebelum bergelar selebriti), malah katanya pelbagai pengorbanan dilakukannya untuk berada di tahap yang sekarang. Dengan itu, beliau ingin meluangkan masa bersama keluarganya seketika.
Rata-rata peminat terkejut dengan pengakuan yang dibuat serta berharap Atikah akan menemui semangatnya yang telah hilang. Dalam masa yang sama, ada juga peminat yang bersetuju dengan kenyataannya itu dan mendoakan yang terbaik untuk pelakon kesayangan mereka.
Tidak pasti sama ada Atikah memang merajuk dengan industri tanah air atau tidak. Bagaimanapun buat masa sekarang difahakam beliau berada di Singapura bersama keluarga dan enggan memberikan sebarang komen. (rtky/w)
- SUMBER
- Harian Metro
x terase kehilangn pun~~ oppss
5 tahun? Tak pernah pun aku tertgk drama/movie dia ni. Tak menyumbang apa2 pun pada industri.
Apa kes? Dia ni yg kecoh dgn skandal gambar bogel dgn Idris Khan dulukan? Takut ada kes lain terbongkar ke?
Jd pelakon bukan bakat tp ada org introduce.elok la rehat.dunia hiburan memerlukan muka baru cantik fresh berbakat..ni bukan tahun 90 an asyik raja ema melisa sheila..tk pun fauxiah latig..zaman dg berubah..
Lagi satu retis spore yg akan mereput dlm negara sdri…Aliff n Atiqah sila meninggal kn Msia…ni balasan ko wat onar dlm negsra org tmpt korg cari rezeki.
Admin rotikaya tolong story artis2 msia shj boleh x… blog kapanlagi (indon)…sompi(korea)..
X kuar pn retis2 dr luar they’re rigid
Even shiha famos kat indon kapanlagi x siar pn news pasal shiha Sompi kpop jer laa artis luar pn x lepas nk wat konsert kat korea & indon…???
Kelebihan plakon2 Singapore dan Indonesia, kebanyakkan mrk complete pakej! Bole berlakon ada paras rupa! Kebanyakkan pelakon kita yg ada paras rupa x brp pndai berlakon, yg muka biasa2 tu yg ramai berbakat besar. Kdg2 yg ada rupa dan pandai berlakon cepat pulak kawin jd perhatian vvip tu yg kejap dah hilang! Jd terpaksa laa ambil yg biasa2 jd plakon atau plakon import!
pelakun porno ni, ha, bersara terus pun xpa.silakan