fbpx

Atikah Suhaime Mengaku Tak Sengaja Tayang Kekasih

Seringkali berkongsi gambar kemesraan bersama kekasih hati di Instgram, pelakon Atikah Suhaime mengakui apa yang berlaku adalah tidak disengajakan. Sebelum ini Atikah sendiri sangat berahsia mengenai kekasih hati.

BACA: Atikah Suhaime Fobia Dengan Kanak-Kanak?

“Mungkin apa yang berlaku tidak disengajakan. Memang dari dulu saya tidak suka mempamerkan kekasih di hadapan umum apatah lagi berkongsi kisah peribadi. Bukan apa, bimbang orang bosan jika asyik kisah cinta diperkatakan sedangkan apa yang patut dikongsi adalah perkembangan karier”

“Saya juga tidak mahu niat asal tersasar. Tujuan saya datang ke Malaysia adalah untuk mencipta nama sebagai pelakon dan bukan mencari kontroversi,” kata pelakon yang mengakui sebelum ini berulang alik dari Singapura ke Kuala Lumpur sebelum berpindah ke sini kepada Harian Metro.

Selain itu, Atikah berharap perkara tersebut tidak diperbesar-besarkan dan berilah peluang kepadanya menumpukan perhatian kepada kerjaya. (rtky/s)