Athisha Khan Selamat Bernikah, Terima Mas Kahwin RM1,000
Mengikat tali pertunangan pada 19 Januari lalu, adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Athisha Khan selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Wan Amirul Haiqal hari ini.
Selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, Athisha dinikahkan oleh bapanya, Datuk Halim Khan jam 3.33 petang di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.
BACA: “Cantiknya Athisha, Harap Tak Jadi Macam Neelofa”
Pada majlis itu, Athisha menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan difahamkan tiada hantaran daripada kedua-dua belah pihak pengantin.
View this post on Instagram
Pada majlis serba indah itu, Athisha dilihat anggun menggayakan gaun putih hasil rekaan Alia Bastamam, manakala suaminya segak memakai baju Melayu putih.
Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta beberapa rakan artis.
Sebelum itu, ibunya Datin Noor Kartini ada memuat naik satu perkongsian mendoakan majlis puterinya itu dipermudahkan serta mendoakan anak dan menantunya itu bahagia dunia akhirat.
- SUMBER
- Astro Gempak
- EhMalaysia
Congrats tisha
Lawa atisha ni. Dia mmg berisi mcm tu ke? Yg cameraman pun carik laa angle yg runcing sikit. Semua nampak lengan sebesar body builder. Hahaha
Cantik tapi dahi dah macam hero opera Cina…
Jurudandan rambut pun…patut rambut sisir ke tepi, lagi nampak cantik.Sekian
Macam tk kena aku tengok baju pengantin pompuan ni…apa punya rekaan la…hadooiii
Dikelilingi duit dan ilmu agama… Tapi tiada guna klu hati empunya tiada keinginan. Tiada guna bila ibubapa hilang kuasa.
Sekali imbad dah macam kepala lelaki pulak dah…haaahaaa.
Sayang salah pilih jurudandan.
Gemuk la dia ni skang kan..aku tgk amira pun makin gemuk.mmg kuarga pakistan/ india body akan jd gini bila berusia skit.aku pun ada darah pakistan so taula.tp aku dietla kalau makan nasi skit mmg naikla
alamak.. terkejut tengok awat tiba2 kembang semangkuk? husband pula nampak kecik.. betul tu, lengan nampak macam besar.. ke baju atau design yg tak sesuai? ke sekarang ni da memang kembang semangkuk? ke gambar2 dalam ig sebelum ni selimm sebab hedit?
Pemerhati jugek.
Ko kne paham muka keturunan india ni semua mostly klu bhgian muka mmg jenis tirus.org tak perasan walau bdn kembang.contoh manisha koirala.muka tirus badan gabak.
Mcm kajol,sridevi,madhuri semua lengan cam body builder dulu2.klu fokus muka tk perasan dia gemuk tgk lengan and breast mmg besor tu mmg gemukla
Aku baru perasan rambut tisha. Mcm cerita kungfu cina. Hahaha.. tgk kt ig elok2 je gmbr tisha ni. Tp mebi sbb kt ig semua pkai baju longgar2. Ngape laa pilih baju yg ada shape kt boobies tu. Lengan tu dh lg besar dr lengan pengantin lelaki. Xde perunding imej ke weiii
Jahatnya orang komen pasal Athisha. Macamlah korang rupa perfect sangat
Tak kutuk muka…Muka mmg cantik, tapi dandanan rambut dan baju mmg totaly out…rambut dah macam cerita kungfu cina.
org tgh gembira mmglah byk selera makan, tu sbb bdn naik, kalau liht dri pakaian pgntin, mmg ada org suka yg sgt simple, tak suka byk aksesori bergayutan di bdn tu atau muka. Rasa nya si lelaki tu dah kemas dn segak berpakaian baju melayu, tpi alangkah cantik kalau si bininya tu guna pakaian baju kurung atau kebaya mcm Uqasah itu hri dn Zizi Kirana..mmg terserlah raja sehari. Kalau di lihat, tunang 19hb..menikah seminggu lepas tu.., ke menikah tu kadi tak cukup masa…, copat bonar.., kurang2 pun 2 bulan lepas tunang tu baru nikah.., “kecemasan” sungguh, apa2 pun tahniah yo..