Athira Yuhada Titip Nasihat Jaga Perasaan, Jangan Menyakiti Orang Lain

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kisah kecurangan Hafidz Roshdi apabila satu demi satu pendedahan dibuat oleh isterinya, Nurul Shuhada.

Bukan saja dicurangi, malah Shuhada berdepan pengalaman hitam apabila ditumbuk tiga kali oleh suaminya sehingga menerima 10 jahitan pada pipinya.

BACA: Athira Yuhada Muat Naik Status Tentang Penyebar Fitnah

Sementara itu, wanita didakwa orang ketiga kemelut rumah tangga pasangan itu iaitu Athira Yuhada tidak hanya berdiam diri apabila dilihat memuat naik perkongsian di Facebook Story.

Menerusi perkongsian itu, Athira menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya menjaga perasaan seseorang serta tidak menyakiti hati mereka. Kata Athira lagi, tiada gunanya jika seseorang itu melakukan ibadah jika orang yang disakiti tidak memaafkan.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.

Kemudian, wanita bernama Athiya Yuhada memohon maaf kepada Shuhada kerana mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka serta mendedahkan Hafidz mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

×