Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi yang menceraikan isterinya, Nurul Shuhada dengan talak satu melalui telefon bersaksikan keluarga.
Lebih mengejutkan, semalam kecoh pula apabila pelakon itu dikatakan menumbuk muka isterinya sebanyak tiga kali ketika berbincang di dalam kereta.
BACA: “Allah Tahu Kau Tak Pernah Beli Beras” – Shuhada
Perkara itu disahkan oleh ahli keluarga Shuhada yang mengatakan ibu kepada dua cahaya mata itu sudah pun membuat laporan polis susulan kejadian tersebut.
Terbaru, perkongsian wanita didakwa menjadi orang ketiga rumah tangga Hafidz dan isterinya iaitu Athira Yuhada menjadi perhatian ramai. Menerusi perkongsian di Instagram itu, Athira dilihat memuat naik status mengenai penyebar fitnah.
Lewat malam tadi, Shuhada dilihat ada memuat naik status menyindir ‘penyondol’ yang mengeluarkan kenyataan tidak akan menghubungi Hafidz lagi.
Sementara dalam perkongsian lain, Shuhada berkata sudah cukup dia bersangka baik dan akan berjuang habis-habisan hak untuk diri sendiri.