fbpx

Asyik Berkepit Dengan Janna Nick, Dini Schatzmaan Didakwa Tak Ada Job

Sering kali dilihat asyik ‘berkepit’ dengan pelakon Janna Nick, aktor berdarah kacukan Dini Schatzmann didakwa seperti tiada kerja atau tawaran berlakon.

Bagaimanapun, Dini berkata dia sibuk dengan penggambaran namun cuba menggunakan masa terluang bersama kekasihnya itu.

BACA: “Janna Nick Bercuti Di Luar Negara Dengan Boyfriend Tidur Bilik Asing-Asing Ke?”

Kata Dini lagi, dia sangat meminati bidang seni visual dan berlatih sebagai jurukamera dengan mengikuti Janna kerana baginya kekasihnya itu jujur dalam memberikan pendapat.

“Saya ada karier sendiri dan sibuk juga dengan penggambaran. Saya selalu mengikuti Janna untuk bantu diri dan juga karier.

“Apabila saya jumpa dia, saya buat kerja saya bukan buat kerja untuk dia. Saya memang minat bab kamera. Jadi, tempat yang terbaik untuk saya belajar adalah dengan Janna.

“Dia orang yang akan tegur kesalahan saya. Kalau saya ambil kelas dengan orang lain, mungkin progres akan slow. Kalau ikut Janna, dia akan jujur dan tak akan puji saya (jika tak memuaskan),” katanya.

Berkongsikan mengenai hala tuju hubungan mereka, Dini berkata dia dan Janna mempunyai perancangan untuk berumah tangga namun enggan berkongsi lebih lanjut.

“Kami ada juga berbincang mengenai tarikh kahwin. Sudah tentu ada perbincangan tentang perkara itu memandangkan hubungan kami memang serius.

“Buat masa sekarang memang ada perancangan tapi saya rasa belum tiba masa untuk kongsikan. Tapi bila semuanya sudah pasti, Insya-Allah kami akan umum,” katanya.