fbpx

Astrid Kecewa Dengan Persembahan Pembukaan Di Konsert Mingguan MANIA

Salam hari Ahad kepada anda yang masih ingin mengetahui tentang dunia hiburan di tanah air kita dan memilih ROTIKAYA sebagai pilihan utama untuk mengetahui perkembangan semasa dunia hiburan Malaysia.

Malam tadi seperti biasa anda pasti berada di depan Astro Ria saluran 104 untuk menyaksikan MANIA dan pasti terkejut dengan penyingkiran Alyah yang tidak disangka sangka.

Acara pembukaan MANIA telah dinyanyikan oleh bintang dari Indonesia Astrid yang popular dengan lagu Tentang Rasa.

Agak terkejut sebenarnya untuk melihat wanita comel itu menyanyi secara live di negara kita & terima kasih Astro kerana menjemput Astrid untuk menghiburkan kami rakyat Malaysia.

Sempat kami menemubual penyanyi dari seberang itu dan Astrid mengatakan beliau sebenarnya amat kecewa dengan persembahan pertama beliau bersama Astro secara live.

Astrid mengatakan bahawa beliau sedikit gementar membuat persembahan semalam dan merasakan ia adalah persembahan terburuk beliau dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat beri persembahan yang terbaik. Bagi kami persembahan & suara Astrid nampak comel dan merdu.