Lewat malam tadi, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi Rohana Jalil yang menghembuskan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) jam 11.33 malam.
Memetik Harian Metro, suami kepada Allahyarham Rohana iaitu Jagangir Khan menyifatkan arwah isterinya sebagai wanita terbaik yang menjadi suri hatinya sehingga ke akhir hayat.
BACA: Semua Mesin Tak Mampu Lagi Rawat Rohana Jalil, Kuman Dah Merebak Ke Seluruh Badan
Menurut Jahangir yang juga pesara polis berkata meskipun kerjaya mereka berbeza namun mereka kekal hidup bersama selama 40 tahun.
“Apa yang saya boleh rangkumkan mengenai keperibadian arwah isteri, dia adalah terbaik dalam semua aspek. Saya bertuah kami dapat kekal hidup bersama sehingga akhir hayatnya.
“Walaupun kami sibuk dengan kerjaya masing-masing iaitu saya sebagai anggota polis dan dia penyanyi, namun kehidupan rumah tangga kami bahagia kerana sikapnya yang baik,” katanya.
Kata Jahangi lagi, dia menyedari isterinya kurang sihat sejak tahun lalu apabila melihat tubuh arwah isterinya semakin kurus dan ada mengajaknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
“Apabila melihat tubuhnya semakin susut dan kurus, saya ada mengajak arwah ke hospital untuk melakukan pemeriksaan, tapi dia menolak tidak mahu pergi dan memberitahu tiada apa-apa.
“Sehinggalah pada April lalu apabila dia sudah sakit, saya terus bawa ke hospital dan doktor memaklumkan arwah mengalami kebocoran usus. Selama dua bulan saya bersama anak-anak dapat menjaganya,” katanya.
Dalam pada itu, Jahangir meluahkan rasa syukur tiga anak perempuannya sudah boleh hidup berdikari dan akan menghabiskan penuh masanya bersama anak-anak.