fbpx

Artis Tutup Aurat Tapi Berfesyen Pelik Dilarang Dalam Islam

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai selebriti yang tampil dengan fesyen unik sekaligus menjadi bualan ramai di media sosial.

Bagaimanapun, pendakwah Dr Kamilin Jamilin yang juga pensyarah Fakutli Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tampil menjelaskan pakaian pelik sebenarnya dilarang dalam Islam meskipun menutup aurat.

Menurutnya, ia termasuk dalam ketegori Libas al-syuhrah iaitu pakaian pelik yang mengundang perhatian. Pakaian sedemikian dilarang dalam Islam kerana boleh mendatangkan sifat riyak.

“Pakaian sebegini dilarang dan salah dalam Islam walaupun tidak mendedahkan aurat sebab ia termasuk dalam kategori libas al syurah iaitu pelik tetapi mengundang perhatian.

“Sebab ia boleh jadi pembaziran malah Islam juga ingin menjaga umatnya daripada sikap riyak atau menunjuk-nujuk.

“Riyak ini muncul apabila kita rasa lebih hebat dan unik daripada orang lain. Apabila kita biasa mengundang perhatian atau tumpuan ramai, lebih susah untuk menjaga hati,” jelasnya.

Perkara itu dijelaskan oleh pendakwah itu menerusi satu video dikongsikan di Instagram. 

Dalam pada itu, Kamalin turut meminta selebriti wanita dan pereka fesyen menjauhi pakaian syuhrah (menonjol dan mencuri perhatian) kerana ia boleh menjadi penyebab menghalang daripada masuk syurga.

“Jadi saya menyeru sahabat-sahabat terutamanya selebriti dan pereka fesyen, jauhilah rekaan yang mengundang ke arah syuhrah ini.

“Tak semestinya pakaian itu perlu gah atau mewah baru jadi syurah… jangan nampak pelik, lain daripada orang lain sehingga mengundang sensasi dan perhatian disebabkan keanehannya.

“Kalau orang lain datang majlis itu pakai biasa-biasa, jangan pula datang dengan berlainan atas bawah sehingga menjadi perhatian orang,” katanya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memetik nama Aina Abdul di ruangan komen memandangkan penyanyi itu muncul dengan gaya luar biasa ketika di acara karpet merah ABPBH35 baru-baru ini.