Artis Didakwa Kes Amang Seksual, Peminat Titip Kata-Kata Semangat

Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai seorang pelakon dan penyanyi terkenal selepas melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.

Susulan isu berkenaan, netizen memetik nama seorang artis ini yang turut menjadi bualan di media sosial. 

BACA: Artis Terkenal Ditahan Disyaki Cabul Remaja 17 Tahun

Meskipun pelbagai spekulasi diperkatakan, namun artis tersebut tetap mendapat sokongan daripada peminatnya. Menerusi akaun Instagram kelab peminat artis berkenaan, ramai yang memberikan kata-kata semangat.

Sementara itu, ada peminat mengatakan mereka menunggu penjelasan daripada pihak polis dan yakin artis kegemaran mereka itu tidak melakukan perkara sedemikian.

Tidak kurang juga, ada yang mengingatkan agar tidak menyebarkan sesuatu jika tidak pasti dan belum sahih kerana sekaligus menyumbang kepada dosa.

×