fbpx

Artis Berstatus Janda Kantoi Bercinta Dengan Suami Orang?

Seorang selebriti wanita didakwa bercerai dengan bekas suaminya disebabkan kantoi curang dengan lelaki berstatus suami orang.

Memetik Astro Gempak menerusi ruangan Miss K, arits wanita itu yang mempunyai seorang anak itu kononnya bercerai kerana tiada persefahaman.

Sumber Miss K mendakwa, artis wanita itu mula menjalin hubungan terlarang dengan suami orang itu ketika menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur.

Dakwa sumber, sejak mereka bercinta, rumah tangga lelaki itu makin bermasalah. Difahamkan, lelaki itu sudah lama berkahwin dengan isterinya namun baru beberapa tahun lalu dikurniakan zuriat.

Siapa agaknya artis wanita dan suami orang itu ya?