Arja Lee Nafi Promosi Pakaian Dalam

Sebelum ini pelakon Arja Lee telah dilanda kontroversi apabila sebuah klip video telah dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab memaparkan aksi Arja sedang menimang bola sambil berseluar dalam menimbulkan aksi kurang senang orang ramai terhadap dirinya.

BACA: Arja Lee Dikecam Orang Ramai Kerana Video Seluar Dalam

Ada pula yang mengatakan bahawa dia sengaja memuat naik video tersebut dengan alasan untuk mempromosikan koleksi pakaian dalam yang bakal di jualnya tidak lama lagi, bagaimanapun pelakon ini menafikan khabar angin tersebut dan mendakwa dia tidak pernah terfikir untuk mengeluarkan pakaian dalam, sebaliknya akan mengeluarkan 5 helai baju yang akan dijualnya tidak lama lagi.

“Fesyen Line saya yang akan keluarkan pakaian dalam iaitu ‘Ali Wear’ kerana saya akan keluarkan 5 jenis baju yang boleh dipakai oleh lelaki dan juga wanita. Saya tak pernah terfikir untuk keluarkan sebarang pakaian dalam dan itu fitnah semata-mata,” katanya yang ditemui di acara karpet pink AJL 30.

Dia yang memberitahu perkara tersebut mungkin atas kesilapannya sendiri meminta maaf kepada para peminatnya serta masyarakat Malaysia di atas kekhilafannya.

“Mungkin kesilapan saya sendiri, dan telefon bimbit saya sememangnya tidak pernah ada password kerana saya cepat lupa. Sudah tentu saya takkan ada apa-apa rahsia di dalam telefon bimbit itu, kecuali video tersebut yang di muat naik secara peribadi di kediaman baru saya.

Keluarga terutamanya ayah memang tahu akan apa yang telah berlaku dan mereka menerima saya seadanya. Saya meminta maaf kepada beliau,” tambahnya lagi. (rtky/h)

×