Penyanyi Aris Ariwatan mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk menyertai pertandingan nyanyian popular Gegar Vaganza sejak musim pertama lagi.

Memetik mStar Online, Aris bagaimanapun berkata dia akan menyertai pertandingan itu jika ditawarkan hadiah utama bernilai RM1 juta.


BACA: Jaclyn Victor Juara Gegar Vaganza 9, Bawa Pulang RM100,000

“Saya pernah ditawarkan untuk sertai Gegar Vaganza pada musim pertama lagi tetapi saya masih dengan keputusan saya dan rela dikorbankan untuk kebaikan kecuali diberikan hadiah bernilai RM 1 juta,” katanya.

Menurut Aris, nilai hadiah berkenaan bukan ditetapkan untuk dirinya tetapi harga pengorbanan yang dilakukan oleh anak-anak seni dan untuk artis veteran.

“Harga tersebut bukanlah untuk diri saya, tapi harga untuk karier sebagai anak seni tambahan pula selaku artis veteran ini memang mahal.


“Tak ternilai harganya sebab saya berusia 59 tahun jadi bukan masa untuk sensasi, kontroversi tapi ini merupakan masa untuk berikan sesuatu yang berisi kepada generasi saya,” katanya.