fbpx

Ariel Peterpan: Hanya Orang Gila Yang Tidak Menyesal Ke Penjara

Bertemu mata dengan selebriti bernama Ariel Peterpan adalah peluang terbaik untuk mendengar sendiri pengalaman beliau ketika di penjara selama dua tahun.

Bukan sesuatu yang di’banggakan, Ariel Peterpan berkata kehidupan di penjara banyak mengajar beliau perkara yang tidak pernah beliau tahu ketika bebas dahulu.

“Orang gila sahaja kata tidak akan menyesal kalau sudah masuk ke penjara ini. Memang menyesal tetapi saya belajar banyak perkara yang tidak pernah saya tahu,” ujar Ariel Peterpan di Bandung.

Menariknya, sepanjang dua tahun berada dalam penjara, penyanyi utama kumpulan Peterpan ini berjaya mencipta dua buah lagu yang salah satunya berjudul Dara dan sebuah lagi masih belum memiliki judul sehingga hari ini. 

Bercakap tentang rutin di’penjara, Ariel Peterpan berkata beliau akan bangun seawal pagi untuk solat Subuh dan kemudian akan melakukan aktiviti di sekitar kawasan penjara seperti bermain alat muzik & futsal.

[nggallery id=”8″]