Umum mengetahui, kes pembunuhan Nur Farah Kartini menggemparkan negara  dimana ramai yang turut bersedih serta berharap arwah akan mendapat pembelaan.

Perkara itu turut mendapat reaksi penyanyi Shila Amzah yang kecewa dan risau apabila membaca kisah arwah apatah lagi dia juga turut mempunyai anak perempuan.

BACA: Anak Shila Amzah Disahkan Autisme Tahap Satu

Menerusi perkongsian di platform X, Shila turut mempersoalkan tindakan tindakan suspek iaitu seorang lelaki yang sepatutnya melindungi keselamatan wanita, namun tergamak bertindak sedemikian.

“Baca kisah arwah Farah ini memang buat risau dan kecewa. Kita ada anak perempuan. Apa lah nasib anak-anak kita seandainya yang patut menjaga keharmonian dan keselamatan jadi begini,” tulisnya.

Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini ditemui pada 15 Julai lalu selepas dilaporkan hilang pada 10 Julai. Susulan itu, seorang penjawat awam berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

×