“Apa Definisi Cantik? Bella Astillah” – Syed Saddiq

Baru-baru ini, pelakon Bella Astillah memuat naik video bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bagi mempromosikan satu jenama kosmetik.

Menerusi video itu, Saddiq menyahut cabaran Bella untuk menyolekkkan wajahnya. Apa yang menjadi perhatian, Saddiq mengatakan Bella pakai ‘shade’ apa pun cantik dimatanya.

BACA: “Doakan Saya & Bella” – Syed Saddiq

@bellaastillah_94

Korang pun pakai g2g ke? Sebab best tau! Tahan seharian sampai ke malam ???? Mua jemputan ni kan haihhh.. sabar je lah? @Glad2Glow.my

? original sound – Bella Astillah – Bella Astillah

“Sebab awak macam kucing, jadi saya kena sapu foundation ini di bawah dagu juga. Awak pakai shade apa-apa pun cantik,” katanya.

Sementara itu, Bella turut bertanyakan kepada Syed Saddiq apakah definisi cantik baginya. Jawapan diberikan ahli parlimen itu sekaligus membuatkan ramai yang tersenyum.

“Definisi cantik..Bella Astillah,” jawabnya ringkas.

Diruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan jawapan diberikan Syed Saddiq. Mendengar jawapan Saddiq itu ada netizen yang berseloroh mahu mengambil cuti dan kelihatan ‘orang gila’ kerana senyum sendirian.

×