fbpx

Anzalna Nasir Akui Ada Berbincang Pasal Kahwin, Belum Bersedia

Anzalna Nasir Akui Ada Berbincang Pasal Kahwin, Belum BersediaKita kerap melihat wajah Anzalna Nasir di kaca televisyen, tetapi tahukah anda yang aktress muda ini bakal keluar dengan filem pertama hujung bulan ini? Ya, ya.

Ditemui ketika siri jelajah untuk promosi filem Sepah The Movie, Anzalna Nasir berkata yang beliau berdebar menunggu reaksi penonton terhadap lakonan filem pertamanya.

“Tetapi, saya tidak takut akan kritikan tentang lakonan saya kelak kerana saya terbuka untuk menerima apa apa komen sekali pun nanti,” ujar Anzalna Nasir di Johor Bahru.

Menyentuh tentang gossip yang mengatakan kekasihnya Hanif Zaki ada menghantar rombongan masuk merisik & meminang, Anzalna Nasir pantas menafikan perkara tersebut.

“Sebenarnya, ia adalah perbincangan antara saya sendiri dengan keluarga Hanif & tidak melibatkan apa apa rombongan. Buat masa ini saya rasa saya belum bersedia untuk kahwin”

“Lagipun, Hanif baru sahaja tamat pengajian & kini baru bekerja untuk 2 bulan. Biarlah saya dan dia lebih stabil dahulu & kami target lagi dua tahun untuk kahiwn,” tambah Anzalna Nasir.

Untuk peminat Anzalna Nasir yang ingin melihat lakonan beliau dalam filem, jangan ketinggalan untuk menonton Sepah The Movie yang akan membuka tayangan pada 29 November ini.