fbpx

Anna Jobling Tak Kisah Comot, Badan Penuh Lumpur

Tidak peduli tentang penampilan diri pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Anna Jobling sanggup meredah lumpur tebal untuk membantu penduduk sekitar Hulu Langat membersihkan rumah mereka yang terjejas akibat banjir.

Melihat sendiri kemusnahan yang berlaku akibat banjiir, Anna berkata ianya lebih menyedihkan daripada perkongsian dalam media sosial.

BACA: Anna Jobling Buka Mulut Isu Dalang Sebar Video Parti

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

“Hati sayu setiap kali melihat kejadian banjir dalam media sosial. Apabila berpeluang turun padang dan meninjau sendiri ke kawasan bencana hati tambah tersentuh lagi.

“Jujurnya, saya bertuah dapat mencurahkan tenaga dengan membantu mengagihkan bantuan makanan dan barang keperluan seperti tilam, tuala wanita dan banyak lagi kepada mangsa banjir.

“Selain itu, kami membantu membersihkan rumah mangsa yang ditenggelami banjir. Namun, tidak banyak yang dapat dilakukan. Ini kerana masa yang diperuntukkan dari pagi hingga petang sebenarnya tidak mencukupi,” katanya.

Dalam pada itu, Anna turut kagum melihat mangsa banjir masih mampu tersenyum dan bersikap positif meskipun berdepan musibah sehingga harta benda mereka rosak.

“Apabila ditanya apa yang membuatkan masih mampu mengukir senyuman, mereka jawab takkan selama-lamanya hendak bersedih. Lagipun, perkara sudah berlaku. Melihat semangat positif secara tidak langsung memberikan inspirasi buat saya,” katanya.

Difahamkan, Anna turun ke lokasi banjir di Kampung Jawa, Batu 18 bersama beberapa selebriti seperti Aman Aziz, Dafi, Amirul Asyhwad dan Datin Nina Juren.