Anak Tak Sangka Pian Cecupak Buka Pusat Tahfiz, Pesan Suruh Uruskan Jika Sudah Tiada
Malam tadi, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian pelawak Allahyarham Pian Cecupak yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 8 malam akibat serangan jantung.
Memetik laporan mStar, anak kepada pelawak tersebut Nuraina Fazrin berkata bapanya mengingatkannya supaya menguruskan pusat tahfiz yang dibangunkan andai kata dia sudah tiada.
Menyangkakan ianya hanya satu gurauan, Nuraini berkata dia mengetahui tentang kewujudan pusat tahfiz itu selepas menghubungi nombor telefon yang ditinggalkan oleh arwah bapanya.
“Abah mesej beritahu fasal pusat tahfiz dia. Dia suruh jaga apabila dia tiada, selalu cakap benda tu dengan saya. Saya macam tak fikir apa-apa pun, dia cakap jangan anggap dia gila… rupanya benda tu betul-betul dia buat.
“Saya baru dapat contact number pusat tahfiz tersebut, saya tak tahu yang abah sebelum ni ada pusat tahfiz cuma dia pernah beritahu suruh uruskan pusat tahfiz tu.
“Tapi saya tak tahu lagi lokasinya di mana, lepas dah uruskan jenazah abah baru saya akan uruskan hal pusat tahfiz tu,” katanya.
Dalam pada itu, Nuraina berkata dia terkilan kerana tidak sempat untuk bertemu bapanya bagi berkongsikan berita gembira mengenai kehamilan keduanya.
“Pada 30 Januari ni sepatutnya dah plan nak ajak abah pergi keluar makan, tapi abah kata dia tak ada kerana ada hal. Tak sangka pula dia betul-betul dah tiada sekarang. Saya pun tak sempat nak beritahu abah yang saya mengandung anak kedua, tak sempat nak beritahu apa-apa,” katanya.
Allahyarham Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahmah dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pagi tadi.
- SUMBER
- mStar Online
Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fuanhu
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…
Kdg kita tgk artis ni wlpn huha huha. Tp mna sngka pengakhiran dia mcmna. Kita tktau. Tgk mcm artis ni org ckp bnyk bt dosa. Bnyk artis yg mnggal tp pemergian mreka disebut2 atas kebaikan dunia yg mreka sndri tak tnjuk mcm arwah abam, siti sarah. Jd jgn la kita cpt mnilai.. Jga mulut dan perckpn. Sbb tu yg mmbwa kita sbg bekalan kt alam sana nt.
semoga dipermudahkan urusan menguruskan pusat tahfiz ni
bukan sng ye nk uruskan perkara sebesar ni. nk dptkan dana utk pastikan pusat sentiasa beroperasi, sentiasa bayar bil dan gaji guru2.
so cuba fikir2 dari mana org biasa2 yg gaji ngam2 cukup mkn pakai nk menguruskan operasi pusat tahfiz?
kemudian ada yg buat kutipan sumbangan utk pusat tahfiz. rakyat Msia ramai yg murah hati maka sejumlah sumbangan dapat dikutip. NAMUN, 30% dari sumbangan boleh diambil oleh pentadbir dgn alasan nk bayar gaji dan lain2. di sini lah org selalu salah guna sbb gaji diri sndr dia letak 10,000, so akhirnya sesuatu yg mulia akan menjadi sesuatu yg berdosa krn ada salah guna kuasa. mcm mana dia justify gaji sndr 10,000? mcm mana dia justify nk ambil 30% utk beli kereta yg dikatakan utk kegunaan madrasah sdgkan pentadbir yg ke hulu hilir guna kereta tu.
namun begitu, saya harap arwah ikhlas dan jujur dalam amalannya