Anak Sharnaaz Ahmad Tak Mahu Balik Ke Kelantan

Sebut saja nama Jebat Jayden sememangnya ramai yang suka melihat gelagat anak tunggal pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila.

Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik semula oleh pengguna di aplikasi TikTok memaparkan Jebat sedang berbual dengan seseorang yang bertanyakan bila ingin balik ke kampung halaman ibunya di Kelantan.

BACA: Netizen Tegur Noor Nabila Cium Mulut Anak

@seorangnur

Punya lah tak nak balik Kelantan. Sampai ke pasir Jebat punya berdebat untuk menang kan Penang?? #jebatjayden #fyp #foryou #fypage #xyzbca

? Laughing – Gianluca Marino

Jawapan diberikan Jebat menjadi perhatian ramai apabila kanak-kanak itu mengatakan dia tidak mahu balik ke Kelantan sebaliknya mahu tinggal di Pulau Pinang.

“Baby taknak pergi Kelantan…biar la baby duduk dekat Penang,” kata Jebat.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berseloroh mengatakan Jebat sememangnya anak Baba (panggilan Sharnaaz). 

Malah, ramai yang terhibur dengan gelagat Jebat yang mengatakan Penang lagi best dari Kelantan. Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan Jebat terlalu jujur.

×