Pelawak Ali Puteh hilang sabar apabila netizen terus mengecam dan memfitnahnya susulan kemelut berlaku antaranya dengan kakak iparnya, Nor Hidayah.
Menerusi sesi siaran langsung, Ali dengan nada sebak berkata anaknya juga turut terkena tempias sehingga diejek di sekolah kerana isu berkenaan.
BACA: Ali Puteh Jual Semua Trofi Kemenangan Program Lawak
“Bayangkan anak saya pergi sekolah orang ejek ‘bapa kau makan harta anak yatim’. Saya jual sambal elok-elok, tak kacau orang dan berniaga dengan isteri saya.
“Ada yang kata saya pakai duit anak yatim untuk berniaga. Astaghfirullahalazim. Orang tak faham, sebab tu orang bercakap. Itu sebab saya kata berhenti bercakap sebab ianya salah,” katanya.
Sementara itu, Ali turut menghormati perintah mahkamah berkenaan tanggungjawab terhadap anak arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah kini berusia lima tahun.
“Orang tanya saya, ‘anak arwah tu tanggungjawab dan anak sedara. Saya dapat surat hadanah dari mahkamah, kami tak boleh nak ambil anak tu tanpa sebab,” katanya.
Dalam pada itu, Ali turut menghargai isterinya yang banyak membantunya untuk menyelesaikan bayaran saman terhadap Hidayah.
“Saya menangis dekat bucu katil, dia kata ‘tak apa aku ada, kalau tak cukup duit kita gadai barang kemas. Tak apa kereta aku pun ada, jom kita pergi jual’,” katanya.