fbpx

Anak Minta Shakilla Khoriri Cari Suami Mat Saleh

Baru-baru ini, pelakon Shakilla Khoriri ada berkongsikan video celoteh anaknya, Ameena Sofia yang bertanya bila ibunya akan berkahwin dan mempunyai anak baru.

Menerusi video itu, kedengaran Ameena petah bercakap mengatakan semua orang sudah berkahwin tahun ini namun ibunya sahaja belum lagi.

BACA: “Tak Terkejut, Ameena Sakit Pun Takde Siapa Tanya Khabar” – Shakilla Khoriri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

“Semua orang dah kahwin tahun ni, semua dah dapat baby.. Umi je belum. Nak dapat baby twins..,” kata Ameena.

Turut menjadi perhatian apabila Ameena mengusik ibu untuk mencari bakal suami mat saleh. Mendengar jawapan anaknya itu, Shakilla meminta anaknya itu untuk berdoa kepada Allah.

“Ameena sabar ok. Ameena doa ok untuk Umi,” jawab Shakilla.

“Dah doa haritu, kat sekolah. Hari-hari doa,” jawab Ameena.

Diruangan komen, rata-rata netizen sebak mendengar perbualan Shakilla dan anaknya itu yang seolah memahami ibunya perlukan peneman hidup.

Terdahulu, Shakilla dituduh menjalin hubungan skandal bersama suami orang dan menjadi perosak rumah tangga orang lain.