fbpx

Anak Fauzi Nawawi Mohon Netizen Henti Caci Maki Ahli Keluarga

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai video pelakon Fauzi Nawawi bercerita mengenai lakonan aksi rogol sehingga mengundang kemarahan dan kecaman netizen.

Susulan kecaman diterima, anak kepada pelakon itu Hanna Faresha memohon netizen berhenti menghantar mesej peribadi atau komen mengeji dirinya dan ahli keluarga yang lain.

BACA: Siap Nak Bayangkan Babak Rogol, Netizen Desak Shuk Diboikot

Menerusi perkongsian di Insta Story, Hanna turut memohon maaf di atas kesilapan yang dilakukan bapanya dan mengakui sebagai wanita dia juga tidak bersetuju dengan kenyataan Fauzi itu.

Dalam pada itu, Hanna berkata biarlah bapanya sendiri yang menyelesaikan isu ini dengan pihak yang terkesan dan netizen tidak melibatkan mereka sekeluarga.

“Biarlah bapa selesaikan hal ini dengan pihak yang terksa. Harap tidak lagi diperbesarkan. Buat smeua, tolonglah hentikan komen dan DM yang tidak sepatutnya, cacian dan makian kepada saya dan ahli keluarga saya yang lain terima kasih,” katanya.

Terdahulu, Fauzi Nawawi membuat permohonan maaf di Instagram terutama kepada Raja Farah dan suaminya. Mengakui kesilapannya itu, Fauzi berkata dia tiada niat untuk memalukan Raja Farah.