fbpx

Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur, Che Ta Lapor Polis

Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta tampil membuat laporan polis terhadap pemilik akaun media sosial yang menghina anak perempuannya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Che Ta geram dengan perbuatan individu tersebut yang menyamakan pakaian anaknya, Aaisyah Dhia Rana seperti seorang pelacur.

BACA: Che Ta Mahu Gajikan Menantu Pembantu Rumah

“Malas cakap banyak. Aku serahkan segalanya kepada pihak berkuasa. Siapa yang kurang ajar mengata anak aku, kau tunggu. Baik kau benam diri dalam tanah.

“Kalau tidak pun tunggu, aku akan cari sampai lubang cacing. Kau main tahi dengan aku, kau akan kena,” katanya.

 

Menurut Che Ta lagi, meskipun akaun media sosial individu berkenaan sudah hilang namun dia akan berusaha mencari sehingga ianya dapat ditemui.

“Tiada masalah. Aku akan cari sampai lubang cacing. Silap besarlah cari fasal dengan aku,” jelasnya.