Anak Bengang Didie Alias Dikritik Tak Pakai Tudung
Anak sulung kepada pelakon Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah meluahkan rasa kesal apabila ada netizen yang mengkritik imej ibunya yang tidak berhijab.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Dhaniyah memuat naik komen negatif yang ditujukan buat ibunya yang mengatakan lebih elok jika aktres itu menutup aurat memandangkan umur sudah lanjut.
BACA: “Arwah Hidap Sakit Jantung Sejak 3 Tahun Lalu, Rahsiakan Takut Tiada Tawaran Kerja” – Didie
Dhaniyah turut menulis bahawa Allah tahu usaha seseorang itu untuk ke arah kebaikan dan tidak perlu menghakimi secara melebih-lebih.
“Allah sahaja tahu usaha seseorang untuk ke arah kebaikan, tak payahlah nak judge lebih-lebihkan. Dia (Didie) mencuba, saya tahu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Dhaniyah berkata disebabkan komen yang disifatkan melampau itu dia tidak boleh menjadi public figure seperti ibunya serta Allahyarham bapanya, Ridzuan Hashim.
Untuk rekod, selain Dhaniyah, Didie mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan arwah Ridzuan iaitu Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana.
- SUMBER
- Media Hiburan
Benda ni xde kena mengena dgn usaha ke x usaha ke, ada niat nk berubah tp lom mampu ke atau apa2 laa yg mcm anak ko pikir tu! Semua ni bergantung dgn nak dgn xnk jek. Sbb depan Allah nnt ko dah xde apa2 alasan pun. Yg jwp bkn mulut kau tp anggota bdn yg lain yg bersaksi dgn segala amal maksiat atau kebajikkan yg ko buat! Dgn org, atas dunia kita boleh ckp mcm2 tp kt dlm kubur nnt, kt yaumil Mahsyar ia jauh ribu kali lebih dari mahkamah keadilan atas dunia ni!
jaga la dosa masing masing…. jgn bz body sgt …ingat u all baik sgt ker suruh org berubah ….biar ikhlas utk berubah tak perlu la ada anak tuhan mau remind…berdoa utk dia is more better than menunjuk di public ur words mcm baik sanggat,,,remember this NO BODY IS PERFECT UNLESS U MEMANG ANAK TUHAN …sekian terima kasih
Tak payah sibuk nak suruh orang lain pakai tudung..Insha Allah, ada la nanti. Didi tu pandai jaga anak5 dia. Yang pakai tudung pun belum tentu baik. Macam Mira View Chin. Buat malu kat orang Cina je. Buduhhh Mira mata duitan. Geli aku tengok dok cium View Chin. Uwekk!