Penyanyi Hafiz Suip berkata dia sedar bahawa jika dia dan isterinya bercerai kelak ianya bakal memberi kesan kepada anak-anak namun dia berjanji tidak akan mengabaikan mereka.

Memetik mStar Online, Hafiz berdoa agar anak-anaknya dapat menerima serta mahu mereka tahu bahawa dia sanggup lakukan apa saja demi cahaya matanya itu.

BACA: “Kalau Dah Kita Memang Tak Ada Persefahaman, Saya Lepaskan Dengan Cara Baik”

“Saya tak nafikan memang anak-anak saya akan terseksa dengan perceraian ini. Saya beritahu mereka kerana lambat laun nanti mereka akan tahu juga.

“Saya doakan yang terbaik dan saya mahu anak-anak tahu saya masih lagi bapa mereka. Saya terlalu sayangkan mereka, sekiranya apa-apa terjadi saya sanggup lakukan apa saja untuk mereka,” katanya.

Sementara itu, Hafiz berkata dia masih lagi suami kepada Nureffy Jasreel meskipun sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Katanya lagi, dia menerima ujian rumah tangganya itu dengan hati terbuka.

“Ini adalah ujian saya kena terima dengan hati terbuka. Saya tahu ia berat  tapi saya belajar untuk bersyukur walaupun dilanda ujian,” katanya.

Untuk rekod, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada Mei 2016. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammaf Riyadh Zafri dan Muhammaf Alkaf Zayne.

SUMBER: mStar Online

×