Anak-Anak Minta Ibu Tiri, Shuib Mula Buka Hati
Pelawak dan usahawan popular, Shuib Sepahtu mendedahkan anak-anaknya ada menyuarakan hasrat mahukan wanita yang boleh menyayangi mereka seperti seorang ibu.
Memetik Astro Gempak, Shuib melihat keempat-empat anaknya itu memerlukan seseorang selepas lebih setahun pemergian ibu mereka, Allahyarham Siti Sarah.
BACA: “Saya Tak Nak Cakap Lebih, Takut Lukakan Hati Ramai Pihak” – Shuib
“Mereka ada masa rindu dan menangis mengenangkan ibu mereka. Ada kala mereka ada cakap best bila ada ibu baharu dan sebagainya. Saya tahu mereka memang faham apa yang berlaku tapi secara zahirnya saya dapat rasa mereka memerlukan seseorang.
“Mereka selalu beritahu alangkah seronoknya jika ada ‘aunty’ yang boleh menemani mereka untuk berjalan-jalan dan sebagainya sebab itu ibu mentua saya juga sering bersama mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib berkongsikan dia kini seolah-olah sudah membuka hatinya untuk mencari seseorang yang boleh menjadi ibu kepada anak-anaknya.
“Sejak menjadi’ ibu’ dan bapa mereka ini saya belajar dan memahami banyak benda… kalau dulu rasanya bila orang tanya bila hendak berumah tangga kembali tu saya sendiri tak tahu.
“Tapi kini bila masa dah berjalan… saya nampak mungkin dah ada ke arah itu. Cuma saya belum bersedia untuk berkongsi kepada semua buat masa ini.
“Perasaan tu tak boleh dipaksa suka dan sayang itu datang secara natural bila masa Allah bukakan hati itu kita tak dapat hendak mengawalnya,” katanya.
Ditanya mengenai ciri-ciri wanita yang boleh menjadi isterinya, Shuib berkata apa yang penting baginya adalah kebahagiaan anak-anaknya. Shuib juga berharap wanita tersebut mempunyai sifat keibuan untuk menyayangi anak-anaknya.
“Apa yang paling penting untuk anak-anak sebab misi seorang bapa ini hendak membesarkan anak-anak sebab nak bagi kasih sayang serta nak seimbangkan semua perkara.
“Jadi wanita itu biarlah yang ada sifat keibuan yang sangat tinggi untuk menyayangi anak-anak saya. Ciri-ciri untuk saya tak berapa penting kerana bila dah ada anak keutamaan pada mereka yang sedang membesar.
“Jadi kalau bakal isteri itu dah ada ciri-ciri itu pun sudah cukup. Kalau untuk saya mungkin kelebihan jika seseorang itu boleh faham saya dan kami serasi. Lagipun pilihan itu nanti yang akan sehidup semati dengan saya. Insya-Allah harap-harap adalah nanti,” katanya.
- SUMBER
- Astro Gempak
Cinta konon, cepat jer move kn kan. Sudah2 lah jaja nama bini tercinta yg sudah meninggal dunia.
Haa, kan dah kata! Shuib ni begitu cepat nak kahwin lain. Nak cover “untuk diri sendiri, nak syiok” sebenarnya. Tapi pergi jual nama anak! Macam semua ni dia buat untuk anak lah. Apa punya HIPOKRIT!
Sebelum ni kuat dok menagih simpati. Meroyan meraban hari-hari. Kan “Cinta Paling Hebat Dalam Dunia”. “Tiada pengganti”. Sekarang sudah ubah. Pergi jual nama anak. Apa punya HAPRAK kau ni!
dia mmg nak kahwin dgn @iamwatie tak lama lagi. dgr citer bulan 3 tahun depan nak kahwin.
mula dah,cinta mati konon tapi gatal jugak nk kawen baru. kali ni kena guna alasan anak2.
alahai korang pun.. kalu dia kawin pun apa salahnya, bukan berdosa pun… netizen ni gelabah sangat nape…
Kesetiaan menghalangi Ku pindah ke lain hati Dan tak ingin ku melukai
Mendambakan cinta ini hanya kekalnya denganmu Tapi kudrat tak di tanganku, Di akhir kali pertemuan pilu Tahu kau meninggalkanku -Siti Sarah
#kesetian
kesian arwah sarah .. cinta nye pd shuib smpai ke aher hayat tp cinta shuib, ada peganti nye .. so, isteri2 .. ni 1 cth yg kte boleh nmpk .. syg mcm mne pon suami pd isteri nya, dia boleh dan nak cari yg lain ..
ada pakcikjual ayam kat rumah aku, isteri da lebih 10tahun meninggal. ada anak 2. pakcik sampai skrg takde pengganti. anak besarkan sendiri dua2 masuk universiti ku dengar. hebat pakcik
Biarlah dia nikah dgn sape pun. Bkn semua org mmpu tahan nafsu. Dia pun muda lg. Anaknya ramai. X larat dia jaga sendirian.
..kawen la shuib..cepat sikit tutup kesah kesah ko nih..make sure dapat pengganti yang ikhlas sebab anak ko empat orang..belum tentu ada yang betul betul sanggup nak jaga anak orang ni..pastikan setiap sorang anak ada pengasuh macam zizie ezzete tu..so bini baru tak serabai asek jaga anak anak ko..sebelum kawen memang manis belaka..