Amyra Rosli Nafi Mula Kenakan Bayaran Tinggi Untuk Berlakon
Nama pelakon ini antara nama yang sering disebut sepanjang tahun 2014 sebagai pendatang baru yang akan lebih menyinar di tahun tahun mendatang dan kerana itu jugalah ada cakap cakap yang mengatakan Amyra Rosli kini sudah pandai jual mahal soal lakonan.
BACA: Amyra Rosli Akui Kini Solo & Tiada Ikatan Dengan Mana Mana Lelaki
Bercakap kepada media baru baru ini, Amyra Rosli menafikan dakwaan beliau kini sudah pandai meletakkan harga melampau untuk berlakon dalam satu satu produksi.
“Myra tidak oernah berkira dalam soal bayaran atau memilih watak. Semakin laku bukanlah alasan untuk Myra naikkan harga. Selagi boleh berbincang, kita akan berunding untuk kebaikan kedua dua belah pihak,” ujar bintang drama bersiri Suamiku Encik Sotong ini.
Amyra Rosli turut berkata beliau lebih selesa untuk mengambil satu tawaran kerja sahaja dalam satu satu masa kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.
“Myra rasa susah bekerja dalam dalam situasi terkejar kejar untuk ke lokasi penggambaran lain, itu akan menyebabkab masa orang lain terbuang sebab menunggu kita,” tambahnya. (rtky/m)
x salah kot klu dia nk minta byrn mhl..dia blakon best..real…sape2 pun klu dh kja leh mintak naik gj tmbh2 bila dh byk permintaan…sapa dlm dunia ni nk kja tapi gaji sama je wp kja dh bgs…poyo le manusia hipokrit yg mcm ni
Sokong kau momo, lakonan dia natural. Bukan mcm si lisa yg berlakon mcm kayu tu. Lagipun dia cantek…..sedap mata memandang.
Amyra rosli bakal pelakon terbaik gtu..suka lakonan n cantik..
Gempak. Dia patut layak utk dpt bayaran tinggi atas dasar kualiti lakonannya. ini bukan zaman p ramlee,gaji hanya utk makan. Zaman p ramlee pelakon2 melayu ditindas oleh pihak shaw.sama mcm dak kacang. Yg sedih,ramai melayu sokong sbb dah dpt imbuhan.
Dr dulu lg,pminat pentingkn kualiti bukan body!
Jd, saya sokong amyra jika dia kenakn bayaran lebih atas affird sbg pelakon bakat besar
sekali pandang..muka seiras2 Nia Ramadhani.. cantik