fbpx

Umum mengetahui, sedang hangat disiarkan dama Terima Kasih Cinta di kaca televisyen gandingan pelakon Amar Baharin bersama Anna Jobling.

Bagaimanapun, ada cerita tak sedap didengar apabila ada penonton mengecam babak mesra yang dijayakan kedua pelakon itu.

BACA: “Beli Kereta Biasa Pun Dah Bersyukur” – Amar Baharin & Amyra Rosli Dipuji Netizen

Menerusi satu klip drama tersebut, memaparkan Amar memegang watak sebagai Dr Harris mengusik isterinya, Wan Raihana lakonan Anna untuk ‘bersama’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Sebelum melarikan diri ke tandas,  Wan Raihanna sempat menggigit lengan suaminya sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Diruangan komen, ada netizen kurang senang menonton babak tersebut sehingga ada yang mendakwa Amyra Rosli mampu mengelak melakukan babak bersentuhan ketika berlakon, mengama suaminya tidak melakukan perkara sama.

Dalam pada itu, ada netizen bertanyakan adakah Amyra Rosli tidak rasa apa-apa menonton babak mesra suaminya dengan pelakon wanita lain.

Malah, ada netizen berkata boleh sahaja cari hero yang bujang atau belum berkahwin serta mengatakan babak tersebut tidak perlu pun di dalam drama.