Penyanyi Amira Othman berkata dia pelik bagaimana dakwaan dirinya dikhabarkan sudah bertunang dengan pelakon Fattah Amin boleh tercetus.
Memetik Harian Metro, Amira berkata malah dia juga tidak tahu dari mana datang dakwaan termasuk keluarga Fattah dikatakan datang ke kampung halamannya untuk merisik.
BACA: Fattah Amin Terkejut Tular Berita Didakwa Bertunang Dengan Amira Othman
“Pasal bertunang, saya tak tahu dari mana datang termasuk ada yang nampak saya pakai baju putih pada Jumaat lalu sedangkan saya selalu saja memakai busana warna tersebut.
“Jadi, saya tegaskan tiada sebarang majlis pertunangan antara saya dengan Fattah. Saya terkejut tidak tahu datang dari khabar angin itu tapi memang ada peminat yang teruja dengan spekulasi berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Amira berkata dia berlapang dada dengan gosip yang tercetus itu kerana sedar ianya kesan daripada tindakannya sendiri dari gimik pelancaran lagunya sebelum ini.
“Benda begini saya yang mulakan iaitu gimik pelancaran single sebelum ini. Saya sendiri pernah beritahu bahawa ini adalah implikasi yang perlu dihadap.
“Jadi, tidak ada timbul isu rimas dan tenang-tenang sahaja hadapi semua ini sebab semua gosip itu tak betul. Saya pun tak ada rasa kekok bila jumpa dengan Fattah, ini lumrah jadi anak seni,” katanya
SUMBER: Harian Metro