Pelawak Amir Raja Lawak berkata dia sedia untuk kembali menerima tawaran seni selepas sekian lama menyepi kerana menguruskan perniagaan.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Amir berkata dia sedia menerima apa saja tawaran yang sesuai termasuk sebagai orang kurang upaya OKU atau mangsa dera dan buli.
BACA: Amir Raja Lawak Buka Restoran AP Fried Chicken
“Ada yang nak tawar job boleh hubungi saya. Kalau ada watak sedih-sedih macam watak kena dera ke, watak cacat ke, watak kena buli ke saya memang berminat nak buat,” katanya.
Sementara itu, Amir berkata tahun lalu dia fokus dengan perniagaan namun tahun ini dia akan mula mengambil tawaran berlakon semula.
“Tahun lepas saya memang fokus meniaga saja, tawaran berlakon memang ada cuma saya tak ambil sebab tengok seronok berniaga,” katanya.
Dalam hantarannya itu, Amir turut memuat naik perbualan mesej dia menerima tawaran dan akan menjalani penggambaran drama selama lapan hari.
SUMBER: mStar Online