Pelakon Amir Ahnaf berkata dia tidak menolak melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita melainkan aktres itu sudah berkahwin.

Memetik mStar Online, Amir berkata dia mengelak lakonkan babak bersentuhan dengan pelakon sudah berkahwin kerana hormat pada status mereka.

BACA: “Saya Single, Tolong Carikan Girlfriend Seorang” – Amir Ahnaf

“Saya okay saja untuk buat babak bersentuhan, selagi pelakon gandingan saya belum berkahwin. Kalau dia dah kahwin, saya akan pilih untuk elakkan sentuhan fizikal. 

“Bagi saya itu adalah soal prinsip dan hormat kepada pasangan mereka. Kalau pelakon wanita saya tak selesa untuk buat babak bersentuhan, saya akan teru cari cadangan lain,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai keserasiannya bergandingan dengan Puteri Balqis, Amir berkata dia perlu berhati-hati dalam mencipta keserasian bersama kerana aktres itu baru berusia 17 tahun.

“Masa berlakon dengan Aqish, saya ambil masa untuk fikir cara terbaik agar kami selesa bekerja. Akhirnya saya ambil pendekatan untuk anggap dia seperti adik sendiri.

“Bila saya layan dia sebagai seorang adik, rasa sayang dan hormat itu datang secara semula jadi. Itu memudahkan saya untuk jayakan babak dengan jujur dan selamat,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×