fbpx

Amir Ahnaf Mohon Maaf Lakon Babak Panas

Pelakon Amir Ahnaf tampil memohon maaf susulan tindakannya melakonkan babak panas dalam sebuah drama sehingga dikecam teruk oleh netizen.

Memetik Oh Bulan, Amir mengakui dia berat untuk melakonkan babak tersebut serta akan lebih selektif dalam memilih karya yang lebih baik selepas ini.

BACA: Drama Amir Ahnaf Tular, Ada Babak Wanita Buat ‘Projek’ Bawah Meja?

“Saya minta maaf tentang isu ini kerana menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Apa yang saya boleh katakan untuk naskhah seterusnya saya akan pilih yang terbaik dan yang lebih elok, insya-Allah.

“Bila isu itu tular saya terima dengan seadanya sahaja. Malah saya akui berat hati untuk lakonkan babak itu,” katanya.

Dalam pada itu, Amir berkata dia menerima skrip selepas seminggu menandatangani kontrak serta menjelaskan babak panas itu hanya ‘cheat shoot’ sahaja.

“Waktu saya terima tawaran tidak tahu lagi skrip bagaimana. Saya terima skrip seminggu selepas tanda tangan kontrak.

“Lagipun selepas itu ada perubahan skrip ketika penggambaran berlangsung, draf jalan cerita juga berubah ikut kesesuaian. Yang saya tahu tajuk, kesimpulan drama dan barisan pelakon sahaja.

“Saya dah tanya keluarga saya, dia okay. Mereka tahu ini kerja. Untuk penjelasan, babak itu hanya ‘cheat shoot’ (teknik kamera),” katanya.