“Amelia Offer Kami Solat Isyak, Perkara Itu Sangat Menyentuh Hati”

Baru-baru ini tular video di TikTok memaparkan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi dijemput ke podcast Studio Sembang.

Ketika podcast tersebut, turut menjadi perhatian apabila Heliza dilihat memberi perkongsian memberi manfaat bergelar sebagai ‘public figure’ kepada orang ramai. 

BACA: “Saya Juga Mangsa” – Suami Heliza Hilmi Dedah Labur RM20.7 Juta

@uwaisalqarniey

Akhlak Amelia Handerson ??? @Heliza Helmi @Hazwani Helmi #fyp

? kembali pulang suara kayu piano – Lyn ?

Malah, Heliza turut kagum dengan tindakan hos iaitu Amelia Henderson yang mempelawa untuk menunaikan solat isyak.

Menurut Hazwani, sebaik saja azan berkumandang, Amelia terus bertanyakan serta menawarkan ruang untuk menunaikan solat dan ianya sangat menyentuh hati.

“Kami sangat terkejut. Ketika itu azan Isyak. Tiba-tiba dia tanya kami dan beri ruang untuk kami solat.

“Perkara itu sangat menyentuh hati. Kami terharu sangat. Ini antara akhlak-akhlak yang kita boleh contohi. Amelia Henderson antara ikon yang boleh dijadikan contoh,” katanya.

Terdahulu, Amelia memeluk agama Islam semasa mendirikan rumah tangga bersama Tunku Dato’ Harun. Namun pasangan itu bercerai pada 2018.

×