Sejak beberapa hari lalu perkongsian pelakon Amelia Christie menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dirinya mengenakan tudung labuh bersama jubah.
Bagaimanapun, menerusi satu muat naik di Insta Story, Amelia memaklumkan dia masih belum bersedia untuk tampil berhijab sepenuhnya.
BACA: Amelia Christie Akui Single, Cari Lelaki Baik Hati & Sopan Santun
“Bawa bertenang kawan-kawanku, belum lagi adui!” katanya.
Dalam hantaran tersebut, Amelia turut meminta semua peminatnya untuk bawa bertenang serta menjelaskan dia belum lagi berhijab.