fbpx

Ameera Khan Suka Lelaki Pandai Melawak

Pempengaruh media sosial terkenal, Ameera Khan berkongsikan ciri-ciri lelaki idamannya seorang yang romantik dan kelakar.

Menerusi video di TikTok, Ameera berkata kedua-dua ciri itu penting baginya dalam soal menentukan pasangan dan lelaki itu dapat  menyokong dan hormati kerjayanya.

BACA: “Dia Sangat Baik, Penyayang” – Ameera Khan Minta Henti Kecam Jefri Nichol

“Romantik dan kelakar, kedua-duanya penting jadi saya pilih dua-dua. Bagi penampilan, gaya kasual dengan kemeja-T sudah memadai.

“Rambut pula bergaya sederhana. Tentulah saya ingin dia menyokong kerjaya dan apa jua yang saya lakukan,” katanya.

Sementara itu, Ameera berkata ketinggian lelaki bukan hal utama sebaliknya perlu ada keyakinan diri serta menjadi pendengar yang baik.

“Sama ada tinggi atau rendah, paling penting lelaki itu perlu mempunyai keyakinan. Saya suka dengan lelaki yang boleh menjadi pendengar yang baik.

“Bagi saya, dia perlu menjadi seseorang yang bercita-cita tinggi. Penting untuk dia mempunyai visi terhadap diri sendiri kerana bagi saya itu perkara yang amat diperlukan,” katanya.

SUMBER: Kosmo