Pempengaruh media sosial, Ameera Khan mengatakan dia pernah terdetik untuk meninggalkan Malaysia sejak dari dulu lagi.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ameera berkata bukan kerana dia tidak cinta pada negara sendiri tetapi dia berpendapat banyak lagi peluang di luar sana.
BACA: Ameera Khan Sound Netizen Tanya ‘Dah Sleep Dengan Jefri’
“Memang dari dulu saya ada keinginan mahu tinggalkan Malaysia. Jangan salah anggap, saya sayangkan negara saya. Cuma saya rasa ada banyak lagi peluang di luar sana,” katanya.
Sementara itu, Ameera berkata apabila dia bersedia nanti dia akan mencari tempat dimana dia boleh bebas menjadi dirinya sendiri.
“Saya pasti satu hari nanti bila saya sudah bersedia, saya akan ke tempat yang saya boleh jadi diri saya sendiri. Saya akan ke tempat di mana saya akan diterima dan tentunya bukan di sini,” katanya.