Pempengaruh media sosial, Ameera Khan menitipkan doa berkenaan jodohnya ketika berada di Masjid Nabawi. Difahamkan, Ameera kini bersama keluarganya di sana bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi video dikongsikan ibunya, Datin Noor Kartini, Ameera meninggalkan komen menitipkan doa agar dia bertemu dengan lelaki yang beriman serta mempunyai hati yang bersih.
BACA: Lelaki Janji Pakai Selipar Ke Pejabat Jika Ameera Khan Tunaikan Permintaannya
“Doakan baby dapat jodoh yang beriman, yang hatinya putih, bersih, baik, lembut dan bercahaya. Rezekinya yang luar biasa dan istimewa, orangnya pemurah, beradab dan penyayang, dimulia dan dihormati oleh orang-orang sekelilingnya.
“Dan yang paling penting yang sayang baby lebih pada baby sayang dia, hormat baby mama daddy dan seluruh keluarga, setia dengan baby sampai jannah. Amin,” tulisnya.
Komen Ameera itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan adik kepada selebriti popular Neelofa itu bertemu jodoh yang diimpikan.