fbpx

Ambil Ira Kazar Jadi Model Tudung, Aliff Syukri Profesional

Baru-baru ini, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dikecam sehingga ada yang mengugut untuk memboikot perniagannya apabila memilih isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sebagai model tudung keluarannya.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Aliff tampil memberi penjelasan bahawa pemilihan Ira itu hanya bermotifkan bisnes dan dia tidak campur hal peribadi orang lain.

BACA: “Ira Very Simple, Humble, Saya Harap Sangat Dapat Bekerjasama Lagi” – Aliff Syukri

Menurut Aliff lagi, sebagai orang luar kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan hanya mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Saya tak nak masuk campur hal personal orang lain, bagi saya doakan yang terbaik untuk mereka. Maklumlah kita tak tahu apa yang mereka alami. Bagi saya siapalah kita untuk menilai seseorang. Kita sendiri tak tahu apa nasib kita di penghujung hari. Saya hanya bersikap profesional dalam bisnes sahaja,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia juga pernah bekerjasama dengan Puteri Sarah sebelum ini serta memuji kecantikan dan aura pelakon itu.

“Apa pun bagi saya Puteri Sarah juga Ada kecantikannya, aura tersendiri sebab tu @as.hijabofficialpernah bekerjasama dengan beliau dan Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan,” tulisnya.