Semalam tular berita mengenai pelakon popular era 90-an iaitu Aman Graseka dalam kesempitan serta terpaksa meminta bantuan untuk memberi anak-anaknya makan.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik mStar Online, Aman memaklumkan dia dan keluarga berada dalam keadaan baik serta mengatakan berita tular itu tidak benar dan dia masih mempunyai pekerjaan.
BACA: Aman Graseka Perlu Bantuan Rawat Mata Anak Dijangkiti Virus
“Perkara itu semua tidak betul. Saya ada kerja sendiri. Hamba okay saja dengan isteri dan anak-anak,” katanya.
Sementara itu, Aman berkata dia sendiri terkejut dengan berita tular mengatakan dia memerlukan bantuan serta kenderaannya rosak. Ujarnya, dia kini berniaga ketupat dan rendang bersama isteri.
“Saya terkejut tengok berita pasal saya viral. Saya ada kerja sendiri. Saya berniaga ketupat rendang dengan isteri,” katanya.
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila penyampai radio, Sharifah Shahirah ada memuat naik perkongsian mengenai Aman Graseka memohon bantuan orang ramai kerana hilang punca pendapatan.
Untuk rekod, Aman mendirikan rumah tangga dengan Nurul Amrina pada 2018. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata.
Terdahulu, Aman pernah berkahwin dengan penyanyi Mas Idayu pada 1997 namun bercerai pada 2007. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Nur Dayini Asyiqah kini berusia 26 tahun.