fbpx

Alyah Rimas, Tak Suka Pegang-Pegang Tangan Tok Ram

Hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Datin Alyah jara8ng berkongsikan mengenai suaminya, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram di media sosial miliknya.

Namun, baru-baru ini perkongsian Alyah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik videonya bersama Tok Ram keluar bersama di pusat membeli-belah.

BACA: Alyah Tak Sangka Bisnes Karipap Laku Keras

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Tok Ram berjalan agak laju dan Alyah berada di belakang sedang merakam gelagat Tok Ram.

Diruangan komen, Alyah memaklumkan kepada pengikutnya bahawa Tok Ram seorang yan akan jalan terus ke tampa yang ingin dituju tanpa menoleh kiri kanan.

Kata Alyah lagi, dia pula rimas dan tidak suka untuk jalan berpegangan tangan serta lebih suka jika ikut cara masing-masing.

Perkongsian Alyah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja dengan video berkenaan malah ramai yang bersetuju dengan perkongsian penyanyi itu.

Tidak kurang juga ada netizen mengatakan bahawa setiap pasangan mempunyai cara bahagia mereka masing-masing, tidak semestinya tak pegang tangan bermakna tidak bahagia.